Sabtu, 31 Julai 2010

Medium Semaian

Alatan yang diperlukan :

  • sekop
  • penapis ( diameter 0.6 cm)
  • bekas penyukat
  • penimbang
  • pasir sungai
  • tanah loam
  • baja fosfat
Cara-cara menyediakan :
  1. Tapis tanah loam dan pasir sungai secara berasingan.
  2. Campurkan tanah mengikut nisbah 2:1:1
  3. Gaulkan bahan-bahan hingga rata.
  4. Bina 1 timbunan.
  5. Tambahkan baja fosfat dengan kadar 0.5 kg bagi 1 meter padu medium.
  6. kemudian, masukkan medium yang telah dicampurkan ke dalam kotak semaian.
Nota :
Baja fosfat berfungsi sebagai bahan untuk mempercepatkan pengeluaran akar.

Khamis, 29 Julai 2010

Menyemai Biji Benih


Terdapat beberapa cara untuk menyemai biji benih di tapak semaian. Bagaimana cara untuk menyemai semuanya bergantung kepada jenis-jenis biji benih. Antara cara-caranya adalah :
http://bima.ipb.ac.id/~anita/animatiion.htm


  1. Menyemai biji benih terus ke batas. Cara ini hanya sesuai bagi biji benih yang kasar seperti kacang panjang dan timun.
  2. Menyemai biji benih terlebih dahulu ke dalam kotak semaian kemudian di ubah. Cara ini di gunakan bagi biji benih yang kecil seperti terung, cili dan tomato.
  3. Menyemai biji benih terus ke batas kemudian dilakukan penjarangan. Cara ini hanya bagi biji benih yang halus seperti kailan, sawi dan bayam.
  4. Bagi bahan tampang seperti kangkung air, keladi, keledek dan bawang, bahan-bahan ini hendaklah disemai terus ke atas batas.
Nota :

Sebelum menyemai biji benih, medium semaian perlu disediakan terlebih dahulu.

Rabu, 28 Julai 2010

Kepentingan Tanaman

Sayur- sayuran sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Dengan adanya zat dan vitamin yang terdapat pada sayur-sayuran ini, kesihatan tubuh badan lebih terjaga dan terhindar daripada penyakit. Antara kepentingan yang kita perolehi daripada menanam sayur-sayuran adalah seperti berikut :
rabbits 002
  1. Sebagai sumber makanan dalam kehidupan seharian.
  1. Sayuran merupakan bahan pelawas.
  2. Membekalkan zat dan vitamin.
  3. Memperoleh sayur-sayuran yang segar.
  4. Dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga terutamanya keluarga yang besar.
  5. Menjadi salah satu bahan eksport negara.
  6. Mengurangkan perbelanjaan mengimport sayur-sayuran daripada negara lain.
http://www.gifanimations.com/animation/MenuSelection/1/52