Khamis, 29 Julai 2010

Menyemai Biji Benih


Terdapat beberapa cara untuk menyemai biji benih di tapak semaian. Bagaimana cara untuk menyemai semuanya bergantung kepada jenis-jenis biji benih. Antara cara-caranya adalah :
http://bima.ipb.ac.id/~anita/animatiion.htm


  1. Menyemai biji benih terus ke batas. Cara ini hanya sesuai bagi biji benih yang kasar seperti kacang panjang dan timun.
  2. Menyemai biji benih terlebih dahulu ke dalam kotak semaian kemudian di ubah. Cara ini di gunakan bagi biji benih yang kecil seperti terung, cili dan tomato.
  3. Menyemai biji benih terus ke batas kemudian dilakukan penjarangan. Cara ini hanya bagi biji benih yang halus seperti kailan, sawi dan bayam.
  4. Bagi bahan tampang seperti kangkung air, keladi, keledek dan bawang, bahan-bahan ini hendaklah disemai terus ke atas batas.
Nota :

Sebelum menyemai biji benih, medium semaian perlu disediakan terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan