Isnin, 16 Ogos 2010

Jenis Baja

1. Baja organik

- Berasal dari tumbuhan atau kehidupan
- Contoh : tahi ayam dan tahi lembu
- Baja organik boleh membaiki keadaan fizikal tanah


2. Baja kimia

- Diperbuat daripada hasil logam
- Terdiri daripada baja bukan organik, baja dagangan atau baja buatan.
- Terbahagi kepada 2 iaitu :

a. Baja terus - mengandungi hanya 1 atau 2 dari unsur pemakanan utama NPK. Ia adalah
baja yang tidak lengkap.

b. Baja lengkap -Baja yang mengandungi kesemua unsur NPK
book signedhttp://www.gifanimations.com/GA/animation/ImageDisplay/1/6/4

Cara Mengatasi

Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi tanaman rosak adalah :


1. Mengadakan penghadang angin












2. Memilih kawasan penanaman











3. Menyediakan sokongan terutamanya sokongan dalam bentuk kayu tunggal


4. Menanam pada jarak yang sesuai. Tanaman yang ditanam terlalu rapat akan menyebabkan mudah ditumbangi angin.

Kesan Angin

4. Hakisan tanah

- Tiupan angin yang kencang boleh menyebabkan hakisan tanah kerana tiupan angin ini boleh mengangkat kumin-kumin tanah daripada permukaan tanah.
- Hakisan tanah ini dipengaruhi oleh :
a. kandungan kelembapan tanah
b. keadaan permukaan tanah
c. tiupan angin yang laju
d. sifat fizik tanah
e. Susunan tumbuhan.

http://bima.ipb.ac.id/~anita/animatiion.htm

5. Fizikal tumbuhan

- Tanaman akan mengalami kerosakan mekanik.
- Tanaman yang mempunyai daun lebar dan lembut mudah rosak disebabkan oleh tiupan angin.
- Tiupan angin yang kencang boleh menyebabkan pokok tumbang, daun-daun akan rosak, layu dan kering.

Kesan Angin

1. Transpirasi

- Proses transpirasi semakin berkurangan. Hal ini kerana apabila stoma terbuka, wap air yang terdapat dalam ruang udara akan meresap ke luar. Satu kawasan kelembapan yang tinggi di sekeliling stoma akan terbentuk. Pembentukan ini akan mengurangkan perbezaan kelembapan antara ruang udara dalam sel daun serta udara di luar daun.

- Apabila angin bertiup, kelembapan akan dialihkan oleh angin dan menyebabkan kadar transpirasi bertambah.

2. Pendebungaan

- Debunga halus yang diterbangkan oleh angin dipindahkan ke permukaan stigma bunga yang lain. Ini menunjukkan bahawa angin mempengaruhi pendebungaan.

3. Penyebaran penyakit dan perosak

- spora-spora kulat yang terdapat pada daun mudah dipindahkan oleh angin kerana spora sangat ringan.
- Ini akan menyebabkan tumbuhan lain akan turut mengalami penyakit.
- Bukan hanya spora saja yang boleh diterbangkan oleh angin malah serangga juga boleh diterbangkan oleh tiupan angin.

Rabu, 11 Ogos 2010

Kualiti & fizikal tumbuhan

Kualiti tumbuhan

Suhu rendah :
- Mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan penyimpanan gula.
- Aktiviti respirasi dan enzim semakin berkurangan.
- Hasil tanaman dapat disimpan dengan lebih lama.
- Sayur-sayuran diletakkan dalam peti ais kerana dapat menyimpan sayuran dengan lebih lama.
Hal ini kerana suhu peti ais lebih rendah dan melambatkan aktiviti enzim pada sayur-sayuran.

Suhu tinggi :
- Menyebabkan kadar respirasi melebihi kadar fotosintesis.
- Makanan yang dihasilkan melalui fotosintesis hilang melalui respirasi.

Fizikal tumbuhan

Suhu tinggi :
- Menyebabkan kecederaan pada tanaman.
- Warna hijau yang disebabkan oleh klorofil akan berubah.

Suhu rendah :
- Menyebabkan tanaman akan terbantut.

http://bima.ipb.ac.id/~anita/animatiion.htm

Transpirasi

Proses transpirasi merupakan suatu proses di mana lembapan air diangkut melalui tumbuhan bermula dari akar dan liang-liang stoma pada permukaan daun. Lembapan air ini akan bertukar menjadi wap kemudian dibebaskan ke udara. Proses ini dipengaruhu oleh cahaya, suhu, tiupan angin dan air yg terdapat dalam tanah.

Siang - Kadar transpirasi bagi tumbuhan meningkat.
Malam - Kadar transpirasi menjadi rendah kerana persekitarannya lebih sejuk.

Transpirasi yang berlaku pada musim kemarau akan mengakibatkan tumbuhan mati kerana kehilangan air yang terlalu banyak pada tisu-tisu tumbuhan.

Faktor yang mempengaruhi proses transpirasi :

  • Suhu
  • Kelembapan bandingan
  • Pergerakan air dan udara
  • Jenis tumbuhan
Gambar dibawah menunjukkan :

1. Proses transpirasi
2. Tempat berlakunya transpirasi iaitu stoma.








Biji benih

2. Suhu

Malaysia mengalami suhu yang sekata sepanjang tahun kerana kedudukannya yang terletak pada khatulistiwa. Suhu penting terhadap tumbuhan kerana proses fisiologinya dipengaruhi oleh suhu.

Kesan suhu :

1. Biji benih

- Suhu untuk percambahan biji benih berbeza-beza mengikut spesis tanaman. Suhu yang tinggi iaitu dari 21 sehingga 43 calcius akan meningkatkan respirasi bagi tumbuhan. Biji benih akan mula bercambah apabila keadaan tempat persekitarannya sangat sesuai.

- Jika biji benih didedahkan dengan suhu yang tidak sesuai, ini akan menyebabkan proses pencambahan biji benih dan respirasi terjejas kerana tindakan enzim dalam tumbuhan akan terganggu.

- Kadar tindak balas akan meningkat apabila suhu meningkat sehingga 25 calcius.

- Setiap 10-25 calcius, tumbuhan akan meningkat sebanyak 2.5 kali. Selepas mencapai tahap optimum, enzim akan dirosakkan oleh suhu yang tinggi.

- Percambahan biji benih juga dipengaruhi oleh faktor air, oksigen dan keadaan disekelilingnya.

Selasa, 10 Ogos 2010

Proses

Video di bawah menunjukkan bagaimana proses fotosintesis berlaku dan hasil daripada proses fotosintesis tersebut :

video ini di ambil daripada youtube. http://www.britannica.com/eb/article-...

Selasa, 3 Ogos 2010

Kepentingan

Proses fotosintesis merupakan proses yang sangat penting. Hal ini disebabkan oleh :

  • Proses fotosintesis dapat menghasilkan glukosa.
  • Daripada glukosa, kita dapat memperolehi makanan seperti ubi kentang, bawang dan sebagainya.
  • Proses ini juga menghasilkan 90% oksigen untuk dunia.
Selain daripada proses fotosintesis, proses respirasi juga berlaku pada tumbuh-tumbuhan. Walaubagaimanapun, proses ini berlaku pada waktu malam. Ianya boleh berlaku sama ada secara aerob mahupun anaerob.



Faktor Penghasilan Tumbuhan

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi tumbuhan adalah :
  1. Iklim
  2. Tanah
  3. Biosis
  4. Genetik
  5. Pengawal atur tumbuhan
IKLIM

-Taburan tumbuhan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.
- Pengeluaran pertanian sangat dipengaruhi oleh cuaca.
- Tekanan persekitaran seperti hujan lebat menyebabkan tumbuhan lebih mudah diserang perosak.

Unsur iklim :-
  1. Cahaya
- proses yang terlibat adalah fotosintesis dan kefotokalaan.

- Faktor-faktor yang mempengaruhi fotosintesis adalah keamatan cahaya iaitu
penambahan intensiti cahaya dan gelombang cahaya yang menggunakan cahaya
tiruan sebagai ganti kepada cahaya yang asal.



Proses fotosintesis :

Alatan

Antara peralatan yang biasa digunakan adalah :

  1. Cangkul
  2. Pencakar
  3. Sudip tangan
  4. Alat penyiram
  5. Alat penyembur


Jenis Sayuran

Antara jenis-jenis sayuran adalah seperti yang berikut :

  1. Jenis daun - sawi bunga, kangkung, kubis dan bayam.
  2. Jenis buah - cili, terung, tomato, timun dan peria.
  3. Jenis kekacang - kacang botor, kacang panjang, kacang buncis, kacang soya dan kacang hijau.
  4. Jenis akar / ubi- ubi keledek, ubi kayu, lobak putih dan lobak merah.
  5. Jenis bunga - kobis bunga, brokoli dan bunga kantan
























http://poemamlaza.blog.com/2009/10/29/hidup-sehat-ala-rosullulloh-saw/sayur-sayuran/




http://bima.ipb.ac.id/~anita/animatiion.htm