Memaparkan catatan dengan label Angin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Angin. Papar semua catatan

Isnin, 16 Ogos 2010

Cara Mengatasi

Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi tanaman rosak adalah :


1. Mengadakan penghadang angin












2. Memilih kawasan penanaman











3. Menyediakan sokongan terutamanya sokongan dalam bentuk kayu tunggal


4. Menanam pada jarak yang sesuai. Tanaman yang ditanam terlalu rapat akan menyebabkan mudah ditumbangi angin.

Kesan Angin

4. Hakisan tanah

- Tiupan angin yang kencang boleh menyebabkan hakisan tanah kerana tiupan angin ini boleh mengangkat kumin-kumin tanah daripada permukaan tanah.
- Hakisan tanah ini dipengaruhi oleh :
a. kandungan kelembapan tanah
b. keadaan permukaan tanah
c. tiupan angin yang laju
d. sifat fizik tanah
e. Susunan tumbuhan.

http://bima.ipb.ac.id/~anita/animatiion.htm

5. Fizikal tumbuhan

- Tanaman akan mengalami kerosakan mekanik.
- Tanaman yang mempunyai daun lebar dan lembut mudah rosak disebabkan oleh tiupan angin.
- Tiupan angin yang kencang boleh menyebabkan pokok tumbang, daun-daun akan rosak, layu dan kering.

Kesan Angin

1. Transpirasi

- Proses transpirasi semakin berkurangan. Hal ini kerana apabila stoma terbuka, wap air yang terdapat dalam ruang udara akan meresap ke luar. Satu kawasan kelembapan yang tinggi di sekeliling stoma akan terbentuk. Pembentukan ini akan mengurangkan perbezaan kelembapan antara ruang udara dalam sel daun serta udara di luar daun.

- Apabila angin bertiup, kelembapan akan dialihkan oleh angin dan menyebabkan kadar transpirasi bertambah.

2. Pendebungaan

- Debunga halus yang diterbangkan oleh angin dipindahkan ke permukaan stigma bunga yang lain. Ini menunjukkan bahawa angin mempengaruhi pendebungaan.

3. Penyebaran penyakit dan perosak

- spora-spora kulat yang terdapat pada daun mudah dipindahkan oleh angin kerana spora sangat ringan.
- Ini akan menyebabkan tumbuhan lain akan turut mengalami penyakit.
- Bukan hanya spora saja yang boleh diterbangkan oleh angin malah serangga juga boleh diterbangkan oleh tiupan angin.