Memaparkan catatan dengan label Suhu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suhu. Papar semua catatan

Rabu, 11 Ogos 2010

Kualiti & fizikal tumbuhan

Kualiti tumbuhan

Suhu rendah :
- Mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan penyimpanan gula.
- Aktiviti respirasi dan enzim semakin berkurangan.
- Hasil tanaman dapat disimpan dengan lebih lama.
- Sayur-sayuran diletakkan dalam peti ais kerana dapat menyimpan sayuran dengan lebih lama.
Hal ini kerana suhu peti ais lebih rendah dan melambatkan aktiviti enzim pada sayur-sayuran.

Suhu tinggi :
- Menyebabkan kadar respirasi melebihi kadar fotosintesis.
- Makanan yang dihasilkan melalui fotosintesis hilang melalui respirasi.

Fizikal tumbuhan

Suhu tinggi :
- Menyebabkan kecederaan pada tanaman.
- Warna hijau yang disebabkan oleh klorofil akan berubah.

Suhu rendah :
- Menyebabkan tanaman akan terbantut.

http://bima.ipb.ac.id/~anita/animatiion.htm

Transpirasi

Proses transpirasi merupakan suatu proses di mana lembapan air diangkut melalui tumbuhan bermula dari akar dan liang-liang stoma pada permukaan daun. Lembapan air ini akan bertukar menjadi wap kemudian dibebaskan ke udara. Proses ini dipengaruhu oleh cahaya, suhu, tiupan angin dan air yg terdapat dalam tanah.

Siang - Kadar transpirasi bagi tumbuhan meningkat.
Malam - Kadar transpirasi menjadi rendah kerana persekitarannya lebih sejuk.

Transpirasi yang berlaku pada musim kemarau akan mengakibatkan tumbuhan mati kerana kehilangan air yang terlalu banyak pada tisu-tisu tumbuhan.

Faktor yang mempengaruhi proses transpirasi :

  • Suhu
  • Kelembapan bandingan
  • Pergerakan air dan udara
  • Jenis tumbuhan
Gambar dibawah menunjukkan :

1. Proses transpirasi
2. Tempat berlakunya transpirasi iaitu stoma.








Biji benih

2. Suhu

Malaysia mengalami suhu yang sekata sepanjang tahun kerana kedudukannya yang terletak pada khatulistiwa. Suhu penting terhadap tumbuhan kerana proses fisiologinya dipengaruhi oleh suhu.

Kesan suhu :

1. Biji benih

- Suhu untuk percambahan biji benih berbeza-beza mengikut spesis tanaman. Suhu yang tinggi iaitu dari 21 sehingga 43 calcius akan meningkatkan respirasi bagi tumbuhan. Biji benih akan mula bercambah apabila keadaan tempat persekitarannya sangat sesuai.

- Jika biji benih didedahkan dengan suhu yang tidak sesuai, ini akan menyebabkan proses pencambahan biji benih dan respirasi terjejas kerana tindakan enzim dalam tumbuhan akan terganggu.

- Kadar tindak balas akan meningkat apabila suhu meningkat sehingga 25 calcius.

- Setiap 10-25 calcius, tumbuhan akan meningkat sebanyak 2.5 kali. Selepas mencapai tahap optimum, enzim akan dirosakkan oleh suhu yang tinggi.

- Percambahan biji benih juga dipengaruhi oleh faktor air, oksigen dan keadaan disekelilingnya.