Rabu, 11 Ogos 2010

Biji benih

2. Suhu

Malaysia mengalami suhu yang sekata sepanjang tahun kerana kedudukannya yang terletak pada khatulistiwa. Suhu penting terhadap tumbuhan kerana proses fisiologinya dipengaruhi oleh suhu.

Kesan suhu :

1. Biji benih

- Suhu untuk percambahan biji benih berbeza-beza mengikut spesis tanaman. Suhu yang tinggi iaitu dari 21 sehingga 43 calcius akan meningkatkan respirasi bagi tumbuhan. Biji benih akan mula bercambah apabila keadaan tempat persekitarannya sangat sesuai.

- Jika biji benih didedahkan dengan suhu yang tidak sesuai, ini akan menyebabkan proses pencambahan biji benih dan respirasi terjejas kerana tindakan enzim dalam tumbuhan akan terganggu.

- Kadar tindak balas akan meningkat apabila suhu meningkat sehingga 25 calcius.

- Setiap 10-25 calcius, tumbuhan akan meningkat sebanyak 2.5 kali. Selepas mencapai tahap optimum, enzim akan dirosakkan oleh suhu yang tinggi.

- Percambahan biji benih juga dipengaruhi oleh faktor air, oksigen dan keadaan disekelilingnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan