1. Transpirasi
- Proses transpirasi semakin berkurangan. Hal ini kerana apabila stoma terbuka, wap air yang terdapat dalam ruang udara akan meresap ke luar. Satu kawasan kelembapan yang tinggi di sekeliling stoma akan terbentuk. Pembentukan ini akan mengurangkan perbezaan kelembapan antara ruang udara dalam sel daun serta udara di luar daun.
- Apabila angin bertiup, kelembapan akan dialihkan oleh angin dan menyebabkan kadar transpirasi bertambah.
2. Pendebungaan
- Debunga halus yang diterbangkan oleh angin dipindahkan ke permukaan stigma bunga yang lain. Ini menunjukkan bahawa angin mempengaruhi pendebungaan.
3. Penyebaran penyakit dan perosak
- spora-spora kulat yang terdapat pada daun mudah dipindahkan oleh angin kerana spora sangat ringan.
- Ini akan menyebabkan tumbuhan lain akan turut mengalami penyakit.
- Bukan hanya spora saja yang boleh diterbangkan oleh angin malah serangga juga boleh diterbangkan oleh tiupan angin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan